Thursday 1 December 2011

Jangan buat maksiat, aku sudah terima akibatnya

Lihatlah apa terjadi pada diriku. Kisah sudah bertahun tapi sampai sekarang masih diperkatakan orang. Kesian adik beradik dan ibu bapa ku...

Tidak mungkin lagi nama ku boleh dibersihkan dari internet ini. Terpapar dimerata rata. Termasuklah gambarku.
Mahu mencari kerja pun aku jadi segan. Risau kalau rakan sepejabat tahu, aku dulu pernah ditangkap khalwat. Apatah lagi ingin bersuami, takut kalau suami aku tahu siapa aku yang dulu...

Mungkin inilah yang dikatakan, maksiat penutup pintu rezeki.. menghadirkan resah gelisah...

Nasihat ku kepada semua wanita Islam diluar sana, tinggalkanlah maksiat. Hidup ini sekejap, sampai masa kembali pada-Nya dan segala amalan ada balasannya. Pilihlah syuga atau neraka.

p.s: mungkin ada yang tak paham. maksiat tu bukan berkhalwat atau berdua-duaan dengan yang bukan mahram ditempat yang menimbulkan syak atau buat seks aje.

duduk tempat awam bergesel-gesel, pegang tangan, raba-raba, phone sex, sms sex,  dan macam macam lagilah, maksiat jugak.

No comments:

Post a Comment